Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad adalah salah seorang generasi Alawiyin yang paling berpengaruh di benua Afrika Timur dan biasanya digelar sebagai seorang Mujaddid di sana.
Nasab Beliau
Habib Ahmad Masyhur bin Thaha bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Umar (adik bungsu kepada al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) bin ‘Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alwi (Ammu al-Faqih) bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Sayyidina al-Muhajir ilaLlah Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Kelahiran Beliau
Dilahirkan di kota Qaidun yang terletak di Wadi Dau’an, Hadramaut sekitar tahun 1325 H yang bersamaan dengan 1907 M, oleh ibundanya, Hababah Shofiyyah binti Thohir bin Umar al-Haddad. Ayahanda beliau, Habib Thoha bin ‘Ali bin ‘Abdullah al-Haddad adalah seorang waliyullah yang khumul dan mastur, yang menghabiskan sebahagian besar usianya di Indonesia. Menjelang penghujung usia, barulah beliau kembali ke Hadramaut dan wafat disana. Bunda beliau, Hababah Shofiyyah adalah seorang ‘arifahbiLlah dan huffadz al-Quran.
Masa Pendidikan Beliau
Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendapat pendidikan awal daripada ibundanya, Hababah Shofiyyah. Suatu ketika, tatkala al-Imam al-Habib Hasan al-Atthas (wafat 1334 H) berkunjung ke ribath Qaydun, Hababah Shofiyyah telah menyuruh anaknya, al-Habib Ahmad Masyhur yang ketika itu berusia sekitar 7 tahun, untuk melaksanakan sholat di belakang al-Habib Ahmad bin Hasan bin Abdullah al-Atthas untuk mendapatkan keberkatan, kemudian al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas membacakan al-Fatihah baginya.
Seterusnya al-Habib Ahmad Masyhur mendapat pendidikan di Ribath Qaydun dari daripada dua ulama besar dari keluarga al-Haddad, pengasas kepada rubath tersebut iaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad (wafat 1367 H) dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad (wafat 1382 H). Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tauhid, tasawwuf, tafsir dan hadits. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana, diantaranya al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri (wafat 1361 H), al-‘Allamah al-Habib ‘Abd al-Baari bin Syeikh al-Aidarus dan banyak lagi.
Tatkala usia Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menginjak 20, beliau telah dibawa oleh gurunya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau bertemu dan meneruskan pengajian ulama dari kalangan Saadah ‘Alawiyyin di sana, antaranya al-Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar (wafat 1344 H), al-‘Arifbillah al-Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-Atthas (wafat 1351 H), Al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Muhammad bin Thohir al-Haddad (wafat 1373 H), al-‘Allamah al-Mu’ammar al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habsyi (wafat 1388 H) dan ramai lagi. Kemudian al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad ke Mukalla untuk belajar kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar. Beliau adalah antara guru yang banyak memberi kesan dari sudut rohani kepada al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.
Pribadi Beliau
Beliau adalah seorang yang senantiasa menjaga wirid harian dan sholat-sholat sunnah. Tidak pernah meninggalkan sholat malam walaupun beliau dalam musafir. Dalam kehidupan beliau mencontoh kehidupan datuknya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Setiap gerak gerik, tutur kata dan senyuman beliau menyegarkan ingatan para pencintanya akan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Tidak ada orang yang melihat wajah beliau melainkan akan mengingat Allah. “Haibah” padanya menyebabkan orang yang melihat beliau merasa hormat, namun kelembutan dan hormatnya pada semua orang, melembutkan hati mereka yang hadir ke majlis beliau. Mereka akan melupakan segala masalah dan dapat menikmati pengalaman yang diterima oleh seseorang yang dekat dengan Allah dan Rasul-Nya. Beliau menghabiskan usianya dengan beribadah dan berdakwah mengajak manusia kepada agama Allah. Beliau seorang yang sedikit berbicara dan banyak berfikir. Tawanya hanyalah berupa senyuman. Beliau berbicara mengikut tingkat pemahaman seseorang. Beliau berusaha keras untuk duduk bersama mereka yang dhaif, sakit dan miskin sengsara.
Dakwah Beliau
Pertama kali al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengembara ke Afrika Timur untuk berdakwah ialah pada tahun 1347 H. Beliau memasuki walayah Zanzibar dan disambut dengan penuh penghormatan. Ketika itu di Zanzibar terdapat seorang ulama bernama al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith. Pada bulan Ramadhan, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad tinggal di Masjid Jami’ dan mengajar tafsir al-Quran, bermula dengan surah al-Faatihah. Selama 25 hari beliau membicarakan tentang firman Allah: إياك نعبد وإياك نستعين.
Pada tahun 1350/1351 beliau kembali ke Afrika, dalam perjalanannya melaksanakan ibadah haji. Beliau memasuki pelabuhan utama Kenya, Mombasa. Sewaktu di Mombasa, beliau mendapat tahu mengenai al-Habib Sholih bin ‘Alwi Jamalullail (beliau dikenal dengan nama Habib Swalleh Jamallely oleh masyarakat tempatan) yang menetap di Lamu, Kenya. Beliaulah yang melaksanakan pembacaan Maulid Simtud Durar setiap tahun di Lamu, Kenya. Majlis maulid yang diselengarakan dihadiri oleh masyarakat dari Malawi, Afrika Selatan, Mozambique, Pulau Komoro, Uganda, Somalia, Tanzania dan lain-lain (hingga kini masih diadakan dan dihadiri oleh ribuan orang).
Mendengar kehadiran al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad, Al-Habib Sholih Jamalulail mengutus anaknya ke pelabuhan untuk menyambut al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad. Mereka bertemu dan bersama-sama menunaikan sholat dhuhur di Masjid al-Riyadh, Lamu. Sewaktu pertemuan ini al-Habib Sholeh bin ‘Alwi Jamalulail sudah berusia lebih kurang 80 tahun.
Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menulis surat menceritakan keadaan di Afrika kepada guru beliau, al-Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Indonesia. Beliau juga menceritakan pertemuan beliau dengan al-Habib Sholeh Jamalullail.
Setelah itu, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali ke Kenya untuk meneruskan usaha dakwah dan menyebar risalah datuknya yang mulia, Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Beliau menetap di Mombasa, Kenya. Dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika.
Pada tahun 1375 H (1955 M), beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Beliau mendapat bantuan dan bimbingan dari al-‘Arifbillah al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith yang menetap di Zanzibar. Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith sering menjunjungi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kenya. Dan pada tahun 1376H, beliau menziarahi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kampala.
Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih memanfaatkan waktu dan tenaga beliau untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diridhai Allah walaupun beliau terpaksa melewati hutan dan melintasi gurun untuk sampai ke perkampungan-perkampungan di Afrika seperti kawasan daerah Aqzam, sebuah kawasan pendalaman yang terpencil di Congo. Dan hasil dari kegigihan dan kesungguhan beliau berdakwah sepanjang berada di bumi Afrika, ratusan ribu orang yang memeluk agama Islam di tangan beliau.
Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana. Untuk memudahkan usaha dakwahnya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mempelajari bahasa Swahili yaitu bahasa yang digunakan oleh penduduk Timur Afrika. Di dalam bergaulan hariannya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengunakan bahasa Swahili untuk berkomunikasi. Namun di majlis-majlis umum beliau mengunakan bahasa ‘Arab untuk menyampaikan ceramah. Ini adalah kerana bahasa ‘Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa yang digunakan oleh datuk beliau, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Hal ini beliau lakukan untuk menegaskan betapa penting dan mulianya bahasa ‘Arab. Pada tahun 1389 H, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali dari Uganda ke Kenya, dan kemudian menetap di sana. Beliau setiap tahun mengerjakan ibadah haji.
Banyak pemuda Afrika yang belajar dengannya, yang kemudian menjadi Qadhi, guru agama dan pendakwah. Beliau sendiri pergi kesemua kawasan, hutan maupun gurun, untuk berdakwah terutamanya di Uganda, Congo, Tanzania dan negara-negara Afrika Timur lain. Beliau mendirikan banyak Masjid dan sekolah serta mengislamkan banyak orang di sana.
Usaha dakwah Al-Habib Ahmad di Kenya dan Uganda telah menyebabkan peningkatan yang begitu besar jumlah umat Islam. Sebagai seorang guru yang tidak pernah mengenal lelah, masyarakat yang menginginkan ilmu, barakah atau nasihat berbondong-bondong datang ke rumahnya.
Ulama ahlulbait ini telah menaburkan jasa yang sangat besar di Afrika Timur. Menurut Syeikh Yahya Rhudus, beliau telah mengislamkan lebih dari 300.000 orang selama berdakwah di bumi Afrika Timur. Dan ada yang mengatakan bahwa beliau telah mengislamkan lebih dari 500.000 orang. Tidak ragu lagi ini adalah salah satu karomah yang Allah anugerahkan kepada beliau.
Jalan dakwah Habib Ahmad Masyhur al-Haddad adalah dengan ilmu dan akhlak yang tinggi. Sifat lemah lembut, persaudaraan, saling mencintai antar sesama adalah ajaran yang selalu beliau contohkan kepada siapa saja.
Selain itu beliau juga mengajarkan bahwa Islam adalah agama fitrah yang menjunjung tinggi keadilan, kemerdekaan dan kesamaan derajat manusia. Sayyid Abdul Qodir Ahmad al-Jufri, seorang dai yang tinggal di Uganda, Tanzania dan Kenya, menjadi saksi sejarah perjalanan dakwah Habib Ahmad Masyhur.
Sayyid Abdul Qodir menjelaskan bahwa yang membekas dari dakwah Habib Ahmad Masyhur di dalam benak dan pikiran masyarakat adalah cara dakwah Habib Ahmad yang dipenuhi dengan hikmah. Tidak hanya mendidik jasad dan akal akan tetapi juga menumbuhkan ruh iman yang bersih kepada masyarakat setempat.
Beliau juga menyaksikan bagaimana Habib Ahmad mengajarkan tentang nilai moral akhlak antar sesama dibarengi juga dengan nilai moral hati dan ruhaniyah sebagaimana yang diajarkan oleh para ahli tasawwuf berkenaan dengan pembersihan hati atau biasa disebut dengan tazkiyatun nafs.
Hal inilah yang tidak didapatkan oleh masyarakat Uganda saat itu dari para pendakwah lainnya dari agama-agama yang lain. Sehingga membuat Habib Ahmad dengan segala yang beliau lakukan memiliki tempat tersendiri di mata masyarakat di tempat itu. Dan sudut ini pula yang mungkin perlu lebih diperhatikan oleh para pendakwah masa kini. Bahwa berdakwah bukan hanya mengajak raga dan akal seseorang tetapi juga hati seseorang.
Hal ini persis seperti yang disampaikan Sayyid Dr. Muhammad bin Alwi al-Maliki tatkala melepas kewafatan Habib Ahmad Masyhur.
Selain berdakwah dengan ilmu dan akhlak, Habib Ahmad juga berdakwah dengan hartanya semampu beliau dari apa yang beliau punya. Dari kota ke kota, memasuki desa dan hutan beliau berjalan berdakwah di jalan Allah. Banyak masjid beliau dirikan di ibukota Kumbala juga di kota lainya seperi kota Arua dan Arinaga.
Selain masjid, beliau juga mendirikan sekolah dan perpustakaan di Kampala ibukota Uganda. Di kota Kampala juga Habib Ahmad menjadikan tempat pusat dakwahnya, yaitu di masjid Nakasiru. Meskipun demikian pengaruh Habib Ahmad tersebar luas di beberapa wilayah Afrika seperti Mogadishu (Somalia), Barwah, Lamu (Kenya), Darussalam (Tanzania), Zinjibar (Tanzania) , Pulau Pemba (Tanzania), Komoro (negara kecil di Afrika) dan banyak tempat lainya.
Jelas bukan tanpa rintangan perjalanan dakwah habib Ahmad Masyhur. Tapi kejujuran dan keikhlasan beliau adalah kunci selain siyasah (strategi) dakwah yang beliau lakukan. Al-‘Allamah Habib Umar bin Hafidz bercerita dalam pidatonya tentang Habib Ahmad bahwa Habib Ahmad tidak mengandalkan hanya ilmu, ceramah ataupun harta dalam perjalanan dakwahnya. Akan tapi satu hal yang beliau miliki dan pegang teguh yaitu sifat Shidq dengan Allah, sifat jujur, bersungguh-sungguh dan percaya penuh terhadap Allah Subhaanahu wa Ta’ala.
Al-Habib Ahmad Masyhur benar-benar menghambakan diri sepenuhnya hanya untuk Allah. Beliau senantiasa menjaga wirid dan solat sunnah. Tidak pernah meninggalkan untuk bangun menunaikan Qiyamullail walaupun ketika musafir.
Di penghujung hayatnya, Al-Habib Ahmad sering bolak balik dari Afrika ke Makkah dan Madinah. Saat usianya sudah semakin lanjut, beliau menetap di Jeddah bersama keluarganya. Rumahnya sentiasa terbuka buat para tamu. Mereka mendapati dirinya seorang mursyid, pembimbing yang ikhlas dan seorang alim yang hebat.
Karangan Beliau
Biarpun sibuk dengan berdakwah dan mengajar, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad juga menulis beberapa karangan. Diantara kitab-kitab karangan beliau adalah:
- Miftahul Jannah (merupakan kitab beliau yang paling masyhur. Telah diterjemahkan oleh murid beliau, Syeikh Musthafa Hasan al-Badawi ke dalam bahasa Inggris dan lainya tersebar luas di Eropah. Juga ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia);
- Majmu` Fatawa;
- Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;
- Ad-Durratun Nafi`ah;
- As-Sabhatuts Tsamina
- Al-Maslak al-Faa`ih fi Ahkam ash-Shoid wa adz-Dzabaa`ih
- Risalah fi Tadwin as-Sunnah an-Nabawiyyah
Wafatnya Beliau
Pada penghujung hayatnya, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad sering berulang kali berpergian dari Afrika ke Makkah dan Madinah. Tatkala usia beliau semakin lanjut, beliau memilih untuk menetap di Jeddah bersama ahli keluarga beliau. Pada hari Rabu, 14 Rajab 1416 H bersamaan 6 Desember 1995 M, di Jeddah dalam usia menghampiri 90 tahun, beliau kembali ke rahmatullah. Jenazah beliau disholatkan di Jeddah di imami oleh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (al-Marhum) dengan kehadiran al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf. Jenazah beliau yang mulia kemudia dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka’bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Hauthah Saadah al-‘Alawiyyin di Jannatul Ma’la.
Referensi
- https://sites.google.com/site/pustakapejaten/manaqib-biografi/habaib/habib-ahmad-bin-mansyur-al-hadad
- https://sanadmedia.com/post/mengenal-habib-ahmad-masyhur-al-haddad-pendakwah-afrika-timur
Ingin bertanya permasalahan Agama? Kirimkan pertanyaan Anda kepada Tim Asatidz Tafaqquh Nyantri Yuk, klik http://tanya.nyantriyuk.id